Kegunaan Kalium nitrat

Kalium nitrat mempunyai pelbagai kegunaan, sebahagian besarnya sebagai sumber nitrat.

Penghasilan asid nitrik

Dari segi sejarah, asid nitrik dihasilkan dengan menggabungkan asid sulfurik dengan nitrat-nitrat seperti saltpeter. Pada zaman moden ini terbalik: nitrat dihasilkan daripada asid nitrik yang dihasilkan menerusi proses Ostwald.

Pengoksida

Kegunaan paling terkenal kalium nitrat adalah kemungkinan sebagai pengoksida di dalam serbuk letupan. Dari zaman kuno hingga lewat 1880-an, serbuk letupan menyediakan kuasa ledakan kepada semua senjata api dunia. Selepas itu, senjata kecil dan meriam besar mula semakin bergantung pada kordit, satu serbuk tak berasap. Serbuk letupan masih digunakan hari ini di dalam motor roket serbuk letupan, dan juga dalam gabungan dengan bahan bakar lain seperti gula di dalam "gula-gula roket". Ia juga digunakan di dalam bunga api seperti bom asap.[18] Ia juga ditambah ke dalam rokok untuk mengekalkan pembakaran seimbang tembakau[19] dan digunakan untuk memastikan pembakaran lengkap kartrij kertas bagi cap and ball revolver.[20] Ia juga dapat dipanaskan pada beberapa ratus darjah untuk digunakan bagi niter bluing, yang kurang tahan berbanding bentuk-bentuk lain pengoksidaan perlindungan, tetapi membolehkan pewarnaan tertentu dan sering kali cantik bagi bahagian-bahagian keluli, seperti skru, pin dan bahagian-bahagian kecil lain senjata api.

Pengawetan makanan

Dalam proses pengawetan makanan, kalium nitrat merupakan bahan biasa bagi daging yang digaramkan sejak Zaman Pertengahan,[21] namun kegunaannya kebanyakannya terhenti disebabkan hasil yang selalu tidak kekal dibandingkan dengan sebatian nitrat dan nitrit yang lebih moden. Meskipun begitu, saltpeter masih digunakan dalam aplikasi makanan, seperti charcuterie dan air garam yang digunakan untuk membuat konbif.[22] Apabila digunakan sebagai bahan tambah di Kesatuan Eropah,[23] sebatian itu dirujuk bagi kegunaan sebagai E252; ia juga diterima bagi kegunaan sebagai bahan tambah di AS[24], Australia dan New Zealand[25] (tempat ia disenaraikan di bawah nombor INS 252).[2] Walaupun garam-garam nitrat disyaki menghasilkan nitrosamina karsinogen, natrium nitrat dan kalium nitrat ditambah ke dalam daging di AS sejak 1925, dan nitrat dan nitrit tidak disingkirkan daripada produk daging terawet kerana nitrit dan nitrat merencatkan percambahan endospora C. botulinum, dan dengan itu mencegah botulisme daripada toksin bakteria yang mungkin terhasil di dalam produk daging terawet tertentu.[26][27]

Penyediaan makanan

Dalam masakan Afrika Barat, kalium nitrat (saltpeter) digunakan dengan meluas sebagai agen pemekat di dalam sup dan rendidih seperti sup Okra[28] dan Isi ewu. Ia juga digunakan untuk melembutkan makanan dan mengurangkan masa masak apabila merebus kacang dan daging keras. Saltpeter juga merupakan bahan asasi dalam pembuatan bubur istimewa seperti kunun kanwa[29] yang diterjemahkan secara harfiah dari bahasa Hausa sebagai 'bubur saltpeter'.

Baja

Kalium nitrat digunakan di dalam baja sebagai satu sumber nitrogen dan kalium - dua makronutrien bagi tumbuh-tumbuhan. Apabila digunakan dengan ia sendiri sahaja, rating NPK nya adalah 13-0-44.

Farmakologi

Digunakan di dalam sesetengah ubat gigi bagi gigi sensitif.[30] Baru-baru ini, penggunaan kalium nitrat di dalam ubat gigi bagi merawat gigi sensitif bertambah dan itu mungkin rawatan yang berkesan.[31][32]

  • Digunakan dalam sejarah untuk mengubati asma.[33] Digunakan di dalam sesetangah ubat gigi untuk melegakan gejala asma.[34]
  • Digunakan di Thailand sebagai bahan utama di dalam Pil Ginjal untuk melegakan gejala sistitis, pielitis dan uretritis.[35]
  • Melawan tekanan daarah tinggi dan pernah digunakan sebagai hipotensif.[36]

Kegunaan

Rujukan

WikiPedia: Kalium nitrat http://www.comlaw.gov.au/Details/F2011C00827 http://www.ufpi.br/subsiteFiles/ppgo/arquivos/file... http://www.chicagotribune.com/health/sc-health-051... http://www.foodnetwork.com/food/recipes/recipe/0,,... http://www.galleries.com/minerals/carbonat/niter/n... http://books.google.com/?id=6DfRYDE0ViwC http://books.google.com/?id=aG0gAAAAMAAJ http://books.google.com/books?id=1h9zzSH-NmwC&pg=P... http://books.google.com/books?id=8xfs8tC8Ow0C&pg=P... http://books.google.com/books?id=CVNoJydnGAoC&pg=P...